Wilayah tanggungan mahkota
Wilayah tanggungan mahkota

Wilayah tanggungan mahkota

Wilayah tanggungan mahkota (Bahasa Inggeris: Crown dependencies) ialah bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain yang merupakan milikan pemerintahan sendiri Mahkota. Wilayah tersebut tidak membentuk sebahagian daripada United Kingdom dan wilayah luar negeri.[1][2] Secara antarabangsanya, wilayah tanggungan itu dianggap "wilayah di mana United Kingdom bertanggungjawab", berbanding sebagai negara berdaulat.[3] Hasilnya, mereka bukanlah negara anggota bagi pertubuhan Negara-negara Komanwel.[4] Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hubungan dengan Komanwel, Kesatuan Eropah (walaupun bukan sebahagian daripadanya tetapi berada di dalam kawasan kastam EU) dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain, serta sebahagian daripada anggota di dalam Majlis British–Ireland. Wilayah tanggungan tersebut juga memiliki pasukan sukan sendiri di dalam Sukan Komanwel.Disebabkan wilayah tanggungan mahkota bukanlah negara-negara berdaulat, bidang kuasa perundangan yang memberi kesan kepada pulau-pulau itu berada di bawah kerajaan United Kingdom. Walaupun wilayah tersebut mempunyai dewan undangan yang tersendiri, dengan kuasa untuk menggubal undang-undang bagi hal ehwal tempatan dengan perkenan Mahkota (Majlis Privi, atau dalam kes Pulau Man bagi sesetengah keadaan Leftenan Gabenor).[5] Dalam setiap kes, ketua kerajaan disebut sebagai Ketua Menteri.